21:06 -


PART 1 -Nikah di Thailand (DIY)
Alhamdulillah!
Hari ni saya rasa lega dan bersyukur sangat-sangat sebab akhirnya dapat juga bernikah dengan isteri tercinta.
Hari ni saya rasa lega dan bersyukur sangat-sangat sebab akhirnya dapat juga bernikah dengan isteri tercinta.
Menyingkap kembali waktu dulu bagaimana saya boleh `terjebak' untuk berkahwin di Thailand adalah kerana tentangan yang diterima oleh isteri pertama. Namun, Oleh kerana terlalu sayangkan pada bakal isteri kedua, saya beranikan diri untuk bawa si dia lari ke Thailand untuk berkahwin di sana. Itulah kali pertama saya buat kerja macam tu. Setiap minit yang berlalu adalah sangat mendebarkan. Mana tidaknya, takut terjumpa orang yang dikenali di sana nanti..pecahlah rahsia! ha..ha..
![]() |
Surat Nikah Thailand (asal) |
![]() |
Surat Pengesahan Konsulat (asal) |
Ermmm...sebelum tu kamu yang baca ni pun nak kahwin kat sana juga
ke? Ok! Takpe...bukan awak seorang je, ramai lagi pasangan yang dah ikut jejak
langkah saya ni. Saya percaya dengan pengetahuan dan tip yang betul,
semuanya akan berjalan lancar.
“2,000 pasangan rakyat Malaysia berkahwin di selatan Thailand dalam tempoh 6 bulan dari Januari hingga Jun tahun ini”
Sumber: http://www.sinarharian.com.my (25 Julai 2016)
Tapi kalau nak tahu, dalam keadaan terdesak ramai juga yang
telah diperdaya oleh sindiket tertentu. Kasihan!! Sudahlah duit habis beribu-ribu,
pernikahan di Thailand pula tidak sah.
Biasanya mereka ini tak sedar kena tipu sehinggalah tiba saat permohonan
pendaftaran kahwin di Malaysia DITOLAK
oleh Mahkamah.
![]() |
(sumber: Utusan)
|
Sindiket Tipu Pakej Kahwin Murah
Pensyarah
guna khidmat sindiket poligami
Sumber: sinarharian.com.my
Tandatangan
dieksploitasi sindiket nikah
sumber: sinarharian.com.my
Sindiket kad nikah tak sah terbongkar
sumber: hmetro.com.my
Nasihat saya kepada pasangan yang memilih untuk berkahwin di
Thailand supaya mengikut prosedur yang betul. Berhati-hati memilih ejen supaya
kamu tidak ditipu oleh sindiket yang sedang berkeliaran mencari mangsa
seterusnya tanpa kamu sedar.
Tapi, jangan risau, akhirnya saya dapat juga siapkan Kit Travelog Kahwin Thailand ini bagi mereka yang memerlukan
nasihat dan tunjuk ajar lebih lanjut mengenai prosedur yang betul berkahwin di
Thailand.
Kit Travelog Kahwin Thailand ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri sewaktu berkahwin di Thailand. Saya akan share jugak beberapa tip yang sangat penting untuk korang ambil perhatian supaya tidak timbul masalah di sana nanti. Saya yakin, lepas ni korang mesti dah boleh pergi dan buat secara D.I.Y. (LEBIH JIMAT DUIT).
Kit Travelog Kahwin Thailand ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri sewaktu berkahwin di Thailand. Saya akan share jugak beberapa tip yang sangat penting untuk korang ambil perhatian supaya tidak timbul masalah di sana nanti. Saya yakin, lepas ni korang mesti dah boleh pergi dan buat secara D.I.Y. (LEBIH JIMAT DUIT).
Seterusnya, Kit Travelog
Kahwin Thailand ini akan menerangkan secara terperinci mengenai proses
pendaftaran perkahwinan kamu nanti di Malaysia. Saya akan tunjuk step by step sehingga kamu berjaya memperoleh
sijil nikah Malaysia seperti saya.
Borang-borang soft copy
akan diberi sekali dalam Kit
Travelog Kahwin Thailand ni. Kalau kamu nak tulis secara manual mau nak patah
tangan dibuatnya…banyak tu borang nak kena tulis dan salinan yang kena submit. Kalau ada soft copy kan senang... taip dan print saja! nak berapa copy pun takde
masalah.